Thursday, 27 November 2014

~PENGALAMAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN SPA~

 

 
Assalamualaikum,bulan mac 2014 yang lepas aku ada mohon untuk separa perubatan ni..aku mohon untuk semua jenis latihan kecuali yang bertaraf sijil...hehe tamak sikit.lepas tu aku dipanggil untuk exam online...tak payah susah-susah nak ke mana-mana...guna laptop sendiri pun boleh...,asalkan ada data...nama pun online.exam online tu susah gak la..banyak berkisar tentang pengetahuan am..tapi lebih kepada bab-bab kesihatan jugak macam jenis penyakit,ubat,punca penyakit...macam-macam la...ada jugak benda yang aku tak tau....pasal dasar la,nama penyakit la...pelik-pelik la..aku tak pernah jumpa pun.aku pun apa lagi,hentam je la.tak sangka pulak lulus..

Lepas tu aku dipanggil pulak untuk temuduga dekat putrajaya.6/11/14 yang lepas.dari 10 bidang yang aku mintak,aku ditawarkan 7 bidang.

1.juruteknologi makmal perubatan
2.jurupulih perubatan anggota
3.jurupulih perubatan cara kerja
4.jururawat
5.penolong pegawai farmasi
6.penolong pegawai perubatan
7.juru x-ray

Aku datang punye lah awal padahal dekat surat tu tulis temuduga aku pukul 12:08 tengah hari...aku dengan tersangat sopannya pun tunggu lah dekat bawah bangunan..kononya pukul 11 baru nak naik pergi daftar..takut pulak datang awal sangat sebab kalau awal-awal sangat ni turn orang lain...bila aku naik daftar,Masya-Allah....ramainye dah orang.kerusi pun dah penuh..rupenye orang lain daftar lagi awal dari aku...sedihnye aku..aku adalah orang yang ke empat last ditemuduga..

Sebenarnya,untung jugak jadi orang last-last ni.boleh korek-korek sikit apa yang panel penemuduga tu tanya dekat calon yang dah lepas.ada yang ditanya pasal logo kkm.moto kkm,macam macam la.ada yang tak ade kaitan pun ada.dia tanya bunga raya ada lima kelopak melambangkan apa…macam macam lain.ada jugak yang dapat penemuduga yang psiko. yang ni kena hati-hati.sangat berbahaya.macam kawan aku tu,elok dia bagi jawapan yang betul,penemuduga tu pulak psiko dia sama ada betul ke jawapan,nak tukar jawapan ke….lama lama dia pun tukar jawapan….kan dah jadi salah..penemuduga tu saja je nak psiko kita sebenarnya.

Lama punye tunggu,akhirnya turn aku pun sampai.aku pun ketok pintu bilik temuduga tu 3 kali lepas tu bagi salam.aku senyum sampai ke telinga..sebenarnya nak tutup gabra dalam hati..hehe..aku pun serahkan fail yang aku bawak kepada panel penemuduga tu.tak ramai ada dua orang je.sorang lelaki sorang perempuan.

Penemuduga 1: ok boleh terangkan sedikit tentang diri anda,latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja anda?

Aku   : aku pun terangkan secara ringkas.cuma bab pengalaman kerja tu aku cakap tak ada.aku masih menganggur.ye la aku baru je habis spm

Penemuduga 1: boleh terangkan sedikit tentang nilai integriti?

Aku:integrity adalah nilai moral seseorang.sepertijujur,amanah dan ketelusan.integriti sangat berkait rapat dengan nilai kerja seseorang penjawat   awam..penjawat awam sering kali dikaitkan dengan sifat tidak berintegriti kerana menawarkan,memberi dan menerima rasuah.

Penemuduga 1: daripada kesemua bidang yang ditawarkan ini,yang manakah menjadi keutamaan anda?

Aku:saya memilih latihan juruteknologi makmal perubatan Penemuduga 1: bagaimanakah jika saya tawarkan anda latihan jururawat?

Aku:boleh saja.tapi saya berharap sangat saya dapat bidang ni.saya sangat meminati biologi sebenarnya.saya sukakan benda yang kecil dan tidak dapat dilihat dengaan mata kasar.seperti sel

Penemuduga 2: nampaknya anda memang begitu berminat tentang bidang ini.ok kalau begitu sila terangkan kepada saya skop kerja seorang juruteknologi makmal perubatan?

Aku:juruteknologi makaml perubatan mempunyai peranan yang sangat besar dalam bidang perubatan.antara skopnya adalah membantu para doktor mendiognasis penyakit.ini adalah sangat penting kerana ianya akan membantu doktor dalam memberikan ubat yang tepat dan rawatan yang khusus kepada pesakit.

Penemuduga 2: kerjaya sebagai juruteknologi makmal perubatan sangat berkait rapat dengan darah.boleh anda terangkan sedikit tentang darah o?

Aku:darah jenis o boleh menderma kepada semua jenis darah tetapi tidak semua jenis darah dapat menderma kepada darah jenis o

Penemuduga 2: jika begitu,golongan darah jenis apakah yang boleh menderma kepada darah jenis o?

Aku:hanya golongan darah jenis o sahaja yang dapat menderma kepada darah jenis o

Penemuduga 2: mengapakah golongan lain tidak dapat menderma darah kepada darah jenis o?

Aku:maaf tuan saya kurang pasti

Penemuduga 2: baiklah siapakah menteri kesihatan kita?

Aku:Dato' S.Subramaniam

Penemuduga 2: siapakah pula timbalannya?

Aku:Dato' Seri Dr.Hilmi Yahaya

Penemuduga 2: apakah contoh penyakit yang tidak berjangkit?

Aku:barah,jantung,diebetes,strok

Penemuduga 2: jika penyakit tersebut tidakberjangkit,bagaimanakah pesakit boleh mendapat penyakit tersebut?

Aku:penyakit-penyakit tersebut kebiasaannya didapati kerana gaya hidup pesakit sendiri.sebagai contohnya,pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan oleh manusia menyebabkan mereka menghidp diabetes.ini bermakna mereka mendapat penyakit tersebut kerana sikap mereka sendiri yang kurang mengutamakan kesihatan,bukanny dari orang lain.

Penemuduga 2: apakah kempen-kempen yang pernah dijalankan oleh kkm?

Aku: kempen 10 000 langkah sehari,kempen berhenti merokok,kempen kenali ubat anda,kempen derma darah,kempen derma organ

Penemuduga 2: apakah rasionalnya kempen-kempen tersebut dijalankan?

Aku: sebagai contoh,kempen derma organ.kempen ini dapat menarik lebih ramai masyarakat di luar sana supaya menderma organ.seperti yang tuan tahu,penderma organ pada ketika ini sangat kurang sedangkan penunggu organ semakin ramai dan jumlah itu semakin tahun semakin meningkat.

Penemuduga 1: baiklah anda boleh menunggu keputusan dari kami

Aku:baiklah terima kasih.....Assalamualaikum(sambil senyum)

agak lama jugak la sesi temuduga aku..lebih dari 30 minit.mungkin sebab calon temuduga dah tak ramai kut,so dah tak ada apa yang nak dikejarkan...apa-apa pun,aku harap sangat aku lulus temuduga ni..amin......


 

Wednesday, 26 November 2014

~SOALAN YANG SERING DITANYA KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN~

Assalamualaikum semua.kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua soalan-soalan yang sering ditanya ketika menghadiri temuduga separa perubatan spa...

Terangkan tentang anda,latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja..

-yang ni korang jangan terangkan panjang berjela.ringkas saja.

Apakah yang anda tahu tentang spa?

-ditubuhkan pada 31 ogos 1957.pada awalnya di bawah pentadbiran british,namun setelah merdeka,spa dibentuk secara rasmi seperti dalam PERKARA 144(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Apakah fungsi spa yang anda tahu?

-melantik
-menaikkan pangkat
-menukar perkhidmatan
-mengesahkan dalam perkhidmatan
-menjalankan kawalan tatatertib

Apakah visi SPA?

-menjadi peneraju yang dinamik dan berwibawa dalam urusan perlantikan perkhidmatan awam.

Apakah misi spa?

-melantik penjawat awam yang berkualiti dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan secara cekap dan berkesan.

Apakah moto spa?

-mudah,cepat dan tepat

Siapakah ketua pengarah kesihatan malaysia?

-Dato' Dr Noor Hisham Bin Abdullah

Siapakah timbalan pengarah kesihatan malaysia?

-Dato' Dr Lokman Hakim Bin Sulaiman

Siapakah menteri kesihatan malaysia?

-Dato' S.Subramaniam

Siapakah timbalan meneri kesihatan malaysia?

-Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya

Apakah visi Kementerian kesihatan malaysia(kkm)?

-negara menggembleng tenaga ke arah lebih baik

Apakah misi kkm?

-berusaha bersama-sama untuk memastikan sistem kualiti kesihatan bertambah baik.

Apakah objektif kkm?

-bantu seseorang individu untuk capai taraf kesihatan lebih baik.

Apakah slogan kkm?

-kami sedia membantu

Apakah moto kkm?

-penyayang,profesionalisme,kerja berpasukan

Apakah kempen yang pernah dibuat oleh kkm?

-kempen derma darah
-kempen derma organ
-kempen sepuluh ribu langkah sehari
-kempen berhenti merokok
-kempen kenali ubat anda

Apakah faedah menjadi penjawat awam?

1.elaun
-elaun perumahan
-elaun kerajaan
-elaun khidmat luar negara

2.kemudahan
-cuti bersalin
-kuaters kerajaan
-rawatan perubatan

3.faedah pesaraan
-ganjaran
-pencen bulanan

Apakah itu key performence indicator(kpi)?

-set ukuran kuantitatif yang digunakan untuk mengukur kemajuan yang telah dicapai dan meningkatkan ke arah yang lebih baik

Selain kpi,apakah yang boleh digunakan oleh majikan untuk mengukur kemampuan pekerja?

-job training
-special assignment
-mekanisme talent review melalui assesment centre dan komitment

Apakah itu integriti?

-prinsip moral seseorang individu seperti jujur,amanah,setia dan telus dalam melakukan tugas.

Apakah itu pendekatan wasatiyyah?

-melakukan sesuatu secara sederhana

Apakah punca keracunan makanan?

-makanan tak masak
-makanan telah luput
-proses penyediaan yang kotor

Apakah beza klinik 1 malaysia dengan klinik harian..

-klinik 1 malaysia memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin di bandar
-klinik 1 malaysia beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.berbeza dengan klinik harian yang beroperasi mengikut waktu bekerja.

Apakah penyakit yang berpunca dari air tercemar?

-kencing tikus
-taun/kolera

Apakah 5s?

sisih                   -buang barang yang tidak diperlukan
susun                 -susun barang dengan kemas
seragam             -seragamkan penyusunan
sentiasa amal     -berdidiplin dan melatih pekerja bertabiat baik
sapu                   -sapu dan cuci tempat dengan rapi

Apakah itu hiv?

-virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang yang menyebabkan aids.

Apakah itu aids?

-sindrome kurang daya tahan badan

Apakah perbeaan di antara hiv dan aids?

-hiv adalah virus manakala aids adalah sindrome.

Hiv dikangkiti melalui apa?

-melalui perkongsian jarum dengan orang yang berjangkit
-seks tanpa memakai kondom dengan pasangan yang dijangkiti
-penyusuan dari ibu mengandung kepada baby
-pemindahan darah tercemar.

Bagaimanakh hiv berjangkit?

-hiv dipindahkan melalui cecair badan orang yang telah dijangkiti hiv
-cth:darah,air mani,susu ibu

Bagamanakah cara mengesan hiv?

-ujian Rapid test
-ujian antibodi hiv

Apakah itu denggi?

-penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk aegypti yang telah dijagkiti

Bagaimanakah cara mencegah denggi?

-musnahkan tempat pembiakan
-elakkan melawat ke tempat berisiko
-melindungi diri dari gigtan nyamuk

apakah simptom denggi?

-demam kuat 40-41 darjah selsius
-muntah dan kurang selera makan
-timbul binti-bintik merah pada badan

Apakah itu penyakit tibi?

-batuk kering yang disebabkan mycobacterium tuberculosis

Apakah tanda -tanda penyakit tibi?

-batuk berpanjangan selama 2 minggu
-batuk berdarah
-kurang selera makan

Bagaimanakah penyakit tibi berjangkit?

-melalui titisan cecair hidung dan mulut yang mengandungi kuman tibi apabila pesakit tibi batuk,bercakap dan bersin

Apakah ubat penyakit tibi?

-izoniazid(INH)
-ethambutol(EMB)

Siapakah orang yang berisiko mendapat jangkitan tibi?

-pesakit aids
-pesakit kronik seperti diabetes
-warga emas
-perokok tegar
-bayi

Bagaimanakah kaedah mengesan tibi?

-melalui x-ray dada

Apakah itu E-Bola?

-demam darah disebabkan virus e-bola

Apakah simptom e-bola?

-demam
-sakit otot
-sakit tekak
-sakit kepala
-loya/muntah
-cirit-birit

Apakah punca virus e-bola?

-melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan binatang yang dijangkiti(kebiasaannya monyet atau keluang)

Bagaimanakah cara mencegah e-bola?

-periksa haiwan
-melupuskan bangkai dengan betul
-masak daging semasaknya
-pakai pelindung kesihatan semasa mengendalikan daging
-selalu cuci tangan.

Apakah rawatan bagi e-bola?

-tiada rawatan khusus.vaksin belum dijumpai

Apakah itu selsema burung?

-berpunca dari virus selsema jenis A yang didapati dalam kalangan burung seperti ayam,itik,angsa

Apakah simptom selsema burung?

-demam yang tinggi >38 darjah selsius
-batuk kering
-sakit kepala

Apakah itu perancangan keluarga?

-menentukan bilangan anak dalam keluarga

Bagaimanakah cara mencegah kelahiran?

-pil perancang keluarga
-suntikan depo
-kondom
-spermicide

Apakah itu demam malaria?

-demam ketar yang disebabkan oleh kuman plasmodium yang dibawa oleh nyamuk anoephelus

Apakah simptom bagi demam malaria?

-demam
-seram sejuk
-menggeletar
-lesu
-berpeluh

Apakah kesan demam malaria?

-kurang darah
-kegagalan buah pinggang
-jangkitan otaj

Apakah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan?

-kerosakkan gigi
-diabetes
-sakit jantung
-sakit buah pinggang

Apakah jabatan yang terdapat di hospital kerajaan?

-jabatan farmasi
-jabatan patologi
-jabatan dermatologi
-jabatan forensik
-jabatan dietetik

Apakah unti yang terdapat di hospital kerajaan?

-unit fisioterapi
-unit pemulihan cara kerja
-unit kewangan
-unit rekod perubatan

Berikan contoh penyakit berjangkit?

-campak
-e-nola
-malaria
-kusta
-kolera

Berikan contoh penyakit yang tidak berjangkit?

-alzheimer
-beri-beri
-skurvi
-anemia
-barah

Berapakah kadar nadi normal?

-60-100 beat/min

Berapakah tekanan darah normal?

-120/80 mmHg

Berapakah kadar pernafasan normal?

-16-20/min

Berapakah suhu badan normal?

-36.7

Berapakah berat jantung?

-300-350 gram

Berapakah berat hati?

-1.3-3.0 kilogram

fuhhhh........panjang betul....apa pun,aku harap korang ambik berat pasal soalan-soalan dekat atas tu.sebabnya,kebanyakan soalan akan diulang-ulang je...hope dalam banyak-banyak soalan tu,ada yang sangkut dengan korang.....




.

















~KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA~

Assalamualaikum semua.Hari ni aku nak ceritakan sikit tentang kesalahan-kesalahan yang sering kita lakukan ketika menghadiri temuduga.kadang-kadang,kesalahan yang kita anggap kecil ni la yang menyebabkan kita gagal dalam temuduga.

Sambil tunggu nombor giliran aku dipanggil,aku pun baca buku yang aku dah sediakan awal-awal.nk buat last minute recall la katakan.aku perhatikan ramai calon-calon lain buat silly mistake.

1.tak sediakan betul betul apa yang pihak spa mintak.borang tawaran tak print la....,borang tambahan tak print la...macam-macam la.dari sini,pegawai spa tu akan nilai kesungguhan korang.

2.tak study langsung pasal bidang yang korang ambik.rata-rata calon yang aku jumpa,diorang kata diorang cuba-cuba nasib je..kalau dapat,dapat la..kalau tak dapat pun tak apa.nampak sangat tak ada minat sebenarnya.apa yang paling penting adalah skop kerja.benda ni memang dia akan tanya.lepastu cuba la cari apa je yang berkaitan dengan bidang yang korang ambik tu.

3.datang lambat atau ubah tarikh.aku ada dengar yang spa ni tak boleh diubah tarikhnye.sebabnya setiap hari temuduga dah ditetapkan berapa kouta untuk diambil.kalau korang datang pada hari lain,walaupun korang bagus,korang mungkin di reject sebab dah melebihi kouta pada hari tu

4.baju yang tak sesuai.ada yang pakai skirt dan kemeja.ok lah tu.yang tak ok nya,skirt terlalu ketat dekat bahagian punggung.sampaikan nampak jalur-jalur spender.ada jugak yang pakai dress dengan kain belah lapan segala bagai.suka cita diingatkan bahawa anda bukan menghadiri majlis.tapi temuduga.yang paling sesuai adalah baju kurung.bagi lelaki pula,kemeja bertali leher.tali leher amat penting untuk menunjukkan formal

5.warna pakaian yang striking.amat tidak digalakkan untuk memakai warna yng striking macam pink pekat,kuning,hijau.sakit mata penemuduga tu nanti.lebih baik memakai warna yang pudar atau tidak pekat.semakin pudar lebih baik kerana ia menunjukkan semakin korporat.untuk baju kurung,elakkan memakai baju yang memiliki motif bunga melebhi 3 warna.kerana ia akan kelihatan serabut.

6.kasut selipar.masa aku temuduga tu,ada jugak insan yang pakai kasut selipar.amatlah tidak sesuai kerana tak formal langsung kot....sebaiknya pakailah kasut yang bertutup...

7.tak boleh jawab soalan yang pihak penemuduga tu bagi...kalau korang tak buat persediaan yang rapi,memang la tak boleh jawab...kebanyakan soalan yang diorang tanya tu dah banyak bocor.so,try la tanya pak cik google.

~KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SEPARA PERUBATAN SPA~

Assalamualaikum dan hai kepada semua.Salam perkenalan,.Sebenarnya ini kali pertama aku menulis bukan dekat atas kertas atau buku.Rasa macam terpanggil pulak nak pegang laptop hari ni.Apa lagi,jari pun mula la menari-nari.

Sebenarnya,lepas je keluar result spm,ayah aku ada cadangkan ambik spa ni.Aku masa tu mana la tau spa ni apa.Yang aku tau spa ni cuma ambik orang kerja ja.Rupa-rupanya ada jugak untuk orang yang nak sambung belajar.

Ayah aku tu sebenarnya dengar cakap cakap orang je.Maklum la orang kampung.Ayah aku kata spa ni banyak kelebihannya.Antaranya ialah

1.elaun sebanyak RM 835.57 sebulan selama 3 tahun.
2.uniform dan kasut free.Jimat baju.Tak payah la tukar-tukar baju macam budak U tu.
3.pengangkutan pergi balik kuliah dan penginapan disediakan(yang ni aku tak tau la free ke apa tapi
   mungkin kene potong dari duit elaun kot)
4.kemudahan alat tulis,kertas kerja,nota dan buku bernilai RM 250 setahun.
5.dijamin kerja dalam kerajaan.Bila kerja dengan kerajaan ni,korang tau je la kan banyak
   kelebihannya.

lepas aku tanya dengan pak cik google,betul jugak apa yang ayah aku kata tu.Tapi sebenarnya ada jugak kelemahannya.Ni yang aku dapat kenalpasti.

1.terikat dengan kerajaan selama 4 tahun.maksudnya,korang tak boleh lari pergi kerja degan private
   sector atau berhenti sesuka hati.
2.gajinya murah.Gaji starting kalau tak silap aku RM1600 lebih.kalau duduk dekat bandar,sakit
   la.
3.belajar sampai diploma je.Latihan ni tak ada sediakan sampai tahap ijazah.Kalau nak sambung
   ijazah jugak.kene kerja dengan kerajaan dulu selama 4 tahun,baru boleh apply mana-mana
   U untuk ijazah.Rugi masa wehhh....

 Cuba korang bayangkan kalau korang apply masa umur korang 18 tahun.Korang akan masuk paling-paling koman pun bulan januari masa umur korang 19 tahun.Korang takkan masuk untuk julai intake masa umur korang 18 tahun sebab tarikh tutup untuk apply pada bulan februari sedangkan spm keluar pada bulan mac.

Maksudnya,korang akan belajar umur 19 tahun.Kena blajar sampai 3 tahun.Bila grad,umur dah 22 tahun.Kene kerja pulak dengan kerajaan selama 4 tahun.Habis agreement,umur korang dah 26 tahun.Masa korang umur 26 tahun baru la boleh apply ijazah.Campur waktu belajar ijazah lagi umur berapa pulak korang grad?umur berapa pulak korang dapat kerja?

Kalau korang jenis yang tak kisah,it's okay.Tapi kalau korang ada tanggungan macam nak kena tanggung mak bapak atau nak kena sara anak bini,masalah la sikit kalau nak belajar sampai ijazah bila ambik separa perubatan ni.

Tapi kalau nak stop sampai diploma aja pun okay.Kerja dah menunggu bila korang grad nanti.Walaupun gajinya agak sedikit,tapi kalau pandai berjimat,takkan timbul masalah.Kata orang,lagi besar periuk lagi besar lubangnya.lagi besar gaji lagi besar belanjanya.

Ataupu korang boleh buat pjj dalam masa 4 tahun tu kalau nak ambik ijazah jugak.Tapi setahu aku tak banyak U tawarkan pjj ni.

Setelah dicampur tolak bahagi dan darab,aku pun apply separa perubatan ni.Bukan apa,aku cuma fikirkan kerja ja.Maklum la zaman sekarang ni susah nak cari kerja.

Abang aku pernah cerita dekat aku.Dia kata,dia ada kawan yang belajar sampai phd.Tapi bila apply kerja,dia guna sijil diploma.Abang aku ada tanya dia kenapa tak nak jadi pensyarah.Dia kata seramai manalah sangat kekosongan bagi kerusi pensyarah bagi setiap pusat pengajian.Sedangkan graduan phd semakin hari semakin ramai.Abang aku pun tanya lagi kenapa tak apply kerja guna sijil phd.dia mungkin akan dapat gaji yang lebih.Dia pulak kata majikan taknak ambil pekerja phd ramai-ramai.,majikan tak mampu nak bayar.Sorang gaji pekerja phd sama dengan 2-3 orang pekerja diploma.Jadi lebih baik majikan ambil pekerja diploma ramai-ramai sebab lebih murah..Tenaga kerja pun lebih....


Lepas beberapa bulan aku apply spa ni,aku pun dipanggil untuk duduki exam online dan aku lulus.Lepas tu aku pun dipanggil untuk temuduga pulak.