Wednesday, 26 November 2014

~SOALAN YANG SERING DITANYA KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN~

Assalamualaikum semua.kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua soalan-soalan yang sering ditanya ketika menghadiri temuduga separa perubatan spa...

Terangkan tentang anda,latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja..

-yang ni korang jangan terangkan panjang berjela.ringkas saja.

Apakah yang anda tahu tentang spa?

-ditubuhkan pada 31 ogos 1957.pada awalnya di bawah pentadbiran british,namun setelah merdeka,spa dibentuk secara rasmi seperti dalam PERKARA 144(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Apakah fungsi spa yang anda tahu?

-melantik
-menaikkan pangkat
-menukar perkhidmatan
-mengesahkan dalam perkhidmatan
-menjalankan kawalan tatatertib

Apakah visi SPA?

-menjadi peneraju yang dinamik dan berwibawa dalam urusan perlantikan perkhidmatan awam.

Apakah misi spa?

-melantik penjawat awam yang berkualiti dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan secara cekap dan berkesan.

Apakah moto spa?

-mudah,cepat dan tepat

Siapakah ketua pengarah kesihatan malaysia?

-Dato' Dr Noor Hisham Bin Abdullah

Siapakah timbalan pengarah kesihatan malaysia?

-Dato' Dr Lokman Hakim Bin Sulaiman

Siapakah menteri kesihatan malaysia?

-Dato' S.Subramaniam

Siapakah timbalan meneri kesihatan malaysia?

-Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya

Apakah visi Kementerian kesihatan malaysia(kkm)?

-negara menggembleng tenaga ke arah lebih baik

Apakah misi kkm?

-berusaha bersama-sama untuk memastikan sistem kualiti kesihatan bertambah baik.

Apakah objektif kkm?

-bantu seseorang individu untuk capai taraf kesihatan lebih baik.

Apakah slogan kkm?

-kami sedia membantu

Apakah moto kkm?

-penyayang,profesionalisme,kerja berpasukan

Apakah kempen yang pernah dibuat oleh kkm?

-kempen derma darah
-kempen derma organ
-kempen sepuluh ribu langkah sehari
-kempen berhenti merokok
-kempen kenali ubat anda

Apakah faedah menjadi penjawat awam?

1.elaun
-elaun perumahan
-elaun kerajaan
-elaun khidmat luar negara

2.kemudahan
-cuti bersalin
-kuaters kerajaan
-rawatan perubatan

3.faedah pesaraan
-ganjaran
-pencen bulanan

Apakah itu key performence indicator(kpi)?

-set ukuran kuantitatif yang digunakan untuk mengukur kemajuan yang telah dicapai dan meningkatkan ke arah yang lebih baik

Selain kpi,apakah yang boleh digunakan oleh majikan untuk mengukur kemampuan pekerja?

-job training
-special assignment
-mekanisme talent review melalui assesment centre dan komitment

Apakah itu integriti?

-prinsip moral seseorang individu seperti jujur,amanah,setia dan telus dalam melakukan tugas.

Apakah itu pendekatan wasatiyyah?

-melakukan sesuatu secara sederhana

Apakah punca keracunan makanan?

-makanan tak masak
-makanan telah luput
-proses penyediaan yang kotor

Apakah beza klinik 1 malaysia dengan klinik harian..

-klinik 1 malaysia memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin di bandar
-klinik 1 malaysia beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.berbeza dengan klinik harian yang beroperasi mengikut waktu bekerja.

Apakah penyakit yang berpunca dari air tercemar?

-kencing tikus
-taun/kolera

Apakah 5s?

sisih                   -buang barang yang tidak diperlukan
susun                 -susun barang dengan kemas
seragam             -seragamkan penyusunan
sentiasa amal     -berdidiplin dan melatih pekerja bertabiat baik
sapu                   -sapu dan cuci tempat dengan rapi

Apakah itu hiv?

-virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang yang menyebabkan aids.

Apakah itu aids?

-sindrome kurang daya tahan badan

Apakah perbeaan di antara hiv dan aids?

-hiv adalah virus manakala aids adalah sindrome.

Hiv dikangkiti melalui apa?

-melalui perkongsian jarum dengan orang yang berjangkit
-seks tanpa memakai kondom dengan pasangan yang dijangkiti
-penyusuan dari ibu mengandung kepada baby
-pemindahan darah tercemar.

Bagaimanakh hiv berjangkit?

-hiv dipindahkan melalui cecair badan orang yang telah dijangkiti hiv
-cth:darah,air mani,susu ibu

Bagamanakah cara mengesan hiv?

-ujian Rapid test
-ujian antibodi hiv

Apakah itu denggi?

-penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk aegypti yang telah dijagkiti

Bagaimanakah cara mencegah denggi?

-musnahkan tempat pembiakan
-elakkan melawat ke tempat berisiko
-melindungi diri dari gigtan nyamuk

apakah simptom denggi?

-demam kuat 40-41 darjah selsius
-muntah dan kurang selera makan
-timbul binti-bintik merah pada badan

Apakah itu penyakit tibi?

-batuk kering yang disebabkan mycobacterium tuberculosis

Apakah tanda -tanda penyakit tibi?

-batuk berpanjangan selama 2 minggu
-batuk berdarah
-kurang selera makan

Bagaimanakah penyakit tibi berjangkit?

-melalui titisan cecair hidung dan mulut yang mengandungi kuman tibi apabila pesakit tibi batuk,bercakap dan bersin

Apakah ubat penyakit tibi?

-izoniazid(INH)
-ethambutol(EMB)

Siapakah orang yang berisiko mendapat jangkitan tibi?

-pesakit aids
-pesakit kronik seperti diabetes
-warga emas
-perokok tegar
-bayi

Bagaimanakah kaedah mengesan tibi?

-melalui x-ray dada

Apakah itu E-Bola?

-demam darah disebabkan virus e-bola

Apakah simptom e-bola?

-demam
-sakit otot
-sakit tekak
-sakit kepala
-loya/muntah
-cirit-birit

Apakah punca virus e-bola?

-melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan binatang yang dijangkiti(kebiasaannya monyet atau keluang)

Bagaimanakah cara mencegah e-bola?

-periksa haiwan
-melupuskan bangkai dengan betul
-masak daging semasaknya
-pakai pelindung kesihatan semasa mengendalikan daging
-selalu cuci tangan.

Apakah rawatan bagi e-bola?

-tiada rawatan khusus.vaksin belum dijumpai

Apakah itu selsema burung?

-berpunca dari virus selsema jenis A yang didapati dalam kalangan burung seperti ayam,itik,angsa

Apakah simptom selsema burung?

-demam yang tinggi >38 darjah selsius
-batuk kering
-sakit kepala

Apakah itu perancangan keluarga?

-menentukan bilangan anak dalam keluarga

Bagaimanakah cara mencegah kelahiran?

-pil perancang keluarga
-suntikan depo
-kondom
-spermicide

Apakah itu demam malaria?

-demam ketar yang disebabkan oleh kuman plasmodium yang dibawa oleh nyamuk anoephelus

Apakah simptom bagi demam malaria?

-demam
-seram sejuk
-menggeletar
-lesu
-berpeluh

Apakah kesan demam malaria?

-kurang darah
-kegagalan buah pinggang
-jangkitan otaj

Apakah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan?

-kerosakkan gigi
-diabetes
-sakit jantung
-sakit buah pinggang

Apakah jabatan yang terdapat di hospital kerajaan?

-jabatan farmasi
-jabatan patologi
-jabatan dermatologi
-jabatan forensik
-jabatan dietetik

Apakah unti yang terdapat di hospital kerajaan?

-unit fisioterapi
-unit pemulihan cara kerja
-unit kewangan
-unit rekod perubatan

Berikan contoh penyakit berjangkit?

-campak
-e-nola
-malaria
-kusta
-kolera

Berikan contoh penyakit yang tidak berjangkit?

-alzheimer
-beri-beri
-skurvi
-anemia
-barah

Berapakah kadar nadi normal?

-60-100 beat/min

Berapakah tekanan darah normal?

-120/80 mmHg

Berapakah kadar pernafasan normal?

-16-20/min

Berapakah suhu badan normal?

-36.7

Berapakah berat jantung?

-300-350 gram

Berapakah berat hati?

-1.3-3.0 kilogram

fuhhhh........panjang betul....apa pun,aku harap korang ambik berat pasal soalan-soalan dekat atas tu.sebabnya,kebanyakan soalan akan diulang-ulang je...hope dalam banyak-banyak soalan tu,ada yang sangkut dengan korang.....




.

















1 comment:

  1. Terima kasih banyakkkkkk3, Allah saja dapat balas jasa awakk

    ReplyDelete