Assalamualaikum,bulan mac 2014 yang lepas aku ada mohon untuk separa perubatan ni..aku mohon untuk semua jenis latihan kecuali yang bertaraf sijil...hehe tamak sikit.lepas tu aku dipanggil untuk exam online...tak payah susah-susah nak ke mana-mana...guna laptop sendiri pun boleh...,asalkan ada data...nama pun online.exam online tu susah gak la..banyak berkisar tentang pengetahuan am..tapi lebih kepada bab-bab kesihatan jugak macam jenis penyakit,ubat,punca penyakit...macam-macam la...ada jugak benda yang aku tak tau....pasal dasar la,nama penyakit la...pelik-pelik la..aku tak pernah jumpa pun.aku pun apa lagi,hentam je la.tak sangka pulak lulus..
Lepas tu aku dipanggil pulak untuk temuduga dekat putrajaya.6/11/14 yang lepas.dari 10 bidang yang aku mintak,aku ditawarkan 7 bidang.
1.juruteknologi makmal perubatan
2.jurupulih perubatan anggota
3.jurupulih perubatan cara kerja
4.jururawat
5.penolong pegawai farmasi
6.penolong pegawai perubatan
7.juru x-ray
Aku datang punye lah awal padahal dekat surat tu tulis temuduga aku pukul 12:08 tengah hari...aku dengan tersangat sopannya pun tunggu lah dekat bawah bangunan..kononya pukul 11 baru nak naik pergi daftar..takut pulak datang awal sangat sebab kalau awal-awal sangat ni turn orang lain...bila aku naik daftar,Masya-Allah....ramainye dah orang.kerusi pun dah penuh..rupenye orang lain daftar lagi awal dari aku...sedihnye aku..aku adalah orang yang ke empat last ditemuduga..
Sebenarnya,untung jugak jadi orang last-last ni.boleh korek-korek sikit apa yang panel penemuduga tu tanya dekat calon yang dah lepas.ada yang ditanya pasal logo kkm.moto kkm,macam macam la.ada yang tak ade kaitan pun ada.dia tanya bunga raya ada lima kelopak melambangkan apa…macam macam lain.ada jugak yang dapat penemuduga yang psiko. yang ni kena hati-hati.sangat berbahaya.macam kawan aku tu,elok dia bagi jawapan yang betul,penemuduga tu pulak psiko dia sama ada betul ke jawapan,nak tukar jawapan ke….lama lama dia pun tukar jawapan….kan dah jadi salah..penemuduga tu saja je nak psiko kita sebenarnya.
Lama punye tunggu,akhirnya turn aku pun sampai.aku pun ketok pintu bilik temuduga tu 3 kali lepas tu bagi salam.aku senyum sampai ke telinga..sebenarnya nak tutup gabra dalam hati..hehe..aku pun serahkan fail yang aku bawak kepada panel penemuduga tu.tak ramai ada dua orang je.sorang lelaki sorang perempuan.
Penemuduga 1: ok boleh terangkan sedikit tentang diri anda,latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja anda?
Aku : aku pun terangkan secara ringkas.cuma bab pengalaman kerja tu aku cakap tak ada.aku masih menganggur.ye la aku baru je habis spm
Penemuduga 1: boleh terangkan sedikit tentang nilai integriti?
Aku:integrity adalah nilai moral seseorang.sepertijujur,amanah dan ketelusan.integriti sangat berkait rapat dengan nilai kerja seseorang penjawat awam..penjawat awam sering kali dikaitkan dengan sifat tidak berintegriti kerana menawarkan,memberi dan menerima rasuah.
Penemuduga 1: daripada kesemua bidang yang ditawarkan ini,yang manakah menjadi keutamaan anda?
Aku:saya memilih latihan juruteknologi makmal perubatan Penemuduga 1: bagaimanakah jika saya tawarkan anda latihan jururawat?
Aku:boleh saja.tapi saya berharap sangat saya dapat bidang ni.saya sangat meminati biologi sebenarnya.saya sukakan benda yang kecil dan tidak dapat dilihat dengaan mata kasar.seperti sel
Penemuduga 2: nampaknya anda memang begitu berminat tentang bidang ini.ok kalau begitu sila terangkan kepada saya skop kerja seorang juruteknologi makmal perubatan?
Aku:juruteknologi
makaml perubatan mempunyai peranan yang sangat besar dalam bidang perubatan.antara skopnya adalah membantu para doktor mendiognasis penyakit.ini adalah sangat penting kerana ianya akan membantu doktor dalam memberikan ubat yang tepat dan rawatan yang khusus kepada pesakit.
Penemuduga 2: kerjaya sebagai juruteknologi makmal perubatan sangat berkait rapat dengan darah.boleh anda terangkan sedikit tentang darah o?
Aku:darah jenis o boleh menderma kepada semua jenis darah tetapi tidak semua jenis darah dapat menderma kepada darah jenis o
Penemuduga 2: jika begitu,golongan darah jenis apakah yang boleh menderma kepada darah jenis o?
Aku:hanya golongan darah jenis o sahaja yang dapat menderma kepada darah jenis o
Penemuduga 2: mengapakah golongan lain tidak dapat menderma darah kepada darah jenis o?
Aku:maaf tuan saya kurang pasti
Penemuduga 2: baiklah siapakah menteri kesihatan kita?
Aku:Dato' S.Subramaniam
Penemuduga 2: siapakah pula timbalannya?
Aku:Dato' Seri Dr.Hilmi Yahaya
Penemuduga 2: apakah contoh penyakit yang tidak berjangkit?
Aku:barah,jantung,diebetes,strok
Penemuduga 2: jika penyakit tersebut tidakberjangkit,bagaimanakah pesakit boleh mendapat penyakit tersebut?
Aku:penyakit-penyakit tersebut kebiasaannya didapati kerana gaya hidup pesakit sendiri.sebagai contohnya,pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan oleh manusia menyebabkan mereka menghidp diabetes.ini bermakna mereka mendapat penyakit tersebut kerana sikap mereka sendiri yang kurang mengutamakan kesihatan,bukanny dari orang lain.
Penemuduga 2: apakah kempen-kempen yang pernah dijalankan oleh kkm?
Aku: kempen 10 000 langkah sehari,kempen berhenti merokok,kempen kenali ubat anda,kempen derma darah,kempen derma organ
Penemuduga 2: apakah rasionalnya kempen-kempen tersebut dijalankan?
Aku: sebagai contoh,kempen derma organ.kempen ini dapat menarik lebih ramai masyarakat di luar sana supaya menderma organ.seperti yang tuan tahu,penderma organ pada ketika ini sangat kurang sedangkan penunggu organ semakin ramai dan jumlah itu semakin tahun semakin meningkat.
Penemuduga 1: baiklah anda boleh menunggu keputusan dari kami
Aku:baiklah terima kasih.....Assalamualaikum(sambil senyum)
agak lama jugak la sesi temuduga aku..lebih dari 30 minit.mungkin sebab calon temuduga dah tak ramai kut,so dah tak ada apa yang nak dikejarkan...apa-apa pun,aku harap sangat aku lulus temuduga ni..amin......
Info brguna utk smua bakal calon temuduga. Ketahui tugas2 dgn lebih lanjut bagi jawatan:
ReplyDelete1) Jururawat U29 - http://lynk.my/maXG
2) Latihan separa perubatan (smua latihan) - http://lynk.my/j8vm
3) Pembantu Perawatan Kesihatan U11 - http://lynk.my/HUnQ
Dapat x kerja tuu?
ReplyDelete