Wednesday, 26 November 2014

~KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA~

Assalamualaikum semua.Hari ni aku nak ceritakan sikit tentang kesalahan-kesalahan yang sering kita lakukan ketika menghadiri temuduga.kadang-kadang,kesalahan yang kita anggap kecil ni la yang menyebabkan kita gagal dalam temuduga.

Sambil tunggu nombor giliran aku dipanggil,aku pun baca buku yang aku dah sediakan awal-awal.nk buat last minute recall la katakan.aku perhatikan ramai calon-calon lain buat silly mistake.

1.tak sediakan betul betul apa yang pihak spa mintak.borang tawaran tak print la....,borang tambahan tak print la...macam-macam la.dari sini,pegawai spa tu akan nilai kesungguhan korang.

2.tak study langsung pasal bidang yang korang ambik.rata-rata calon yang aku jumpa,diorang kata diorang cuba-cuba nasib je..kalau dapat,dapat la..kalau tak dapat pun tak apa.nampak sangat tak ada minat sebenarnya.apa yang paling penting adalah skop kerja.benda ni memang dia akan tanya.lepastu cuba la cari apa je yang berkaitan dengan bidang yang korang ambik tu.

3.datang lambat atau ubah tarikh.aku ada dengar yang spa ni tak boleh diubah tarikhnye.sebabnya setiap hari temuduga dah ditetapkan berapa kouta untuk diambil.kalau korang datang pada hari lain,walaupun korang bagus,korang mungkin di reject sebab dah melebihi kouta pada hari tu

4.baju yang tak sesuai.ada yang pakai skirt dan kemeja.ok lah tu.yang tak ok nya,skirt terlalu ketat dekat bahagian punggung.sampaikan nampak jalur-jalur spender.ada jugak yang pakai dress dengan kain belah lapan segala bagai.suka cita diingatkan bahawa anda bukan menghadiri majlis.tapi temuduga.yang paling sesuai adalah baju kurung.bagi lelaki pula,kemeja bertali leher.tali leher amat penting untuk menunjukkan formal

5.warna pakaian yang striking.amat tidak digalakkan untuk memakai warna yng striking macam pink pekat,kuning,hijau.sakit mata penemuduga tu nanti.lebih baik memakai warna yang pudar atau tidak pekat.semakin pudar lebih baik kerana ia menunjukkan semakin korporat.untuk baju kurung,elakkan memakai baju yang memiliki motif bunga melebhi 3 warna.kerana ia akan kelihatan serabut.

6.kasut selipar.masa aku temuduga tu,ada jugak insan yang pakai kasut selipar.amatlah tidak sesuai kerana tak formal langsung kot....sebaiknya pakailah kasut yang bertutup...

7.tak boleh jawab soalan yang pihak penemuduga tu bagi...kalau korang tak buat persediaan yang rapi,memang la tak boleh jawab...kebanyakan soalan yang diorang tanya tu dah banyak bocor.so,try la tanya pak cik google.

No comments:

Post a Comment