Assalamualaikum dan hai kepada semua.Salam perkenalan,.Sebenarnya ini kali pertama aku menulis bukan dekat atas kertas atau buku.Rasa macam terpanggil pulak nak pegang laptop hari ni.Apa lagi,jari pun mula la menari-nari.
Sebenarnya,lepas je keluar result spm,ayah aku ada cadangkan ambik spa ni.Aku masa tu mana la tau spa ni apa.Yang aku tau spa ni cuma ambik orang kerja ja.Rupa-rupanya ada jugak untuk orang yang nak sambung belajar.
Ayah aku tu sebenarnya dengar cakap cakap orang je.Maklum la orang kampung.Ayah aku kata spa ni banyak kelebihannya.Antaranya ialah
1.elaun sebanyak RM 835.57 sebulan selama 3 tahun.
2.uniform dan kasut free.Jimat baju.Tak payah la tukar-tukar baju macam budak U tu.
3.pengangkutan pergi balik kuliah dan penginapan disediakan(yang ni aku tak tau la free ke apa tapi
mungkin kene potong dari duit elaun kot)
4.kemudahan alat tulis,kertas kerja,nota dan buku bernilai RM 250 setahun.
5.dijamin kerja dalam kerajaan.Bila kerja dengan kerajaan ni,korang tau je la kan banyak
kelebihannya.
lepas aku tanya dengan pak cik google,betul jugak apa yang ayah aku kata tu.Tapi sebenarnya ada jugak kelemahannya.Ni yang aku dapat kenalpasti.
1.terikat dengan kerajaan selama 4 tahun.maksudnya,korang tak boleh lari pergi kerja degan private
sector atau berhenti sesuka hati.
2.gajinya murah.Gaji starting kalau tak silap aku RM1600 lebih.kalau duduk dekat bandar,sakit
la.
3.belajar sampai diploma je.Latihan ni tak ada sediakan sampai tahap ijazah.Kalau nak sambung
ijazah jugak.kene kerja dengan kerajaan dulu selama 4 tahun,baru boleh apply mana-mana
U untuk ijazah.Rugi masa wehhh....
Cuba korang bayangkan kalau korang apply masa umur korang 18 tahun.Korang akan masuk paling-paling koman pun bulan januari masa umur korang 19 tahun.Korang takkan masuk untuk julai intake masa umur korang 18 tahun sebab tarikh tutup untuk apply pada bulan februari sedangkan spm keluar pada bulan mac.
Maksudnya,korang akan belajar umur 19 tahun.Kena blajar sampai 3 tahun.Bila grad,umur dah 22 tahun.Kene kerja pulak dengan kerajaan selama 4 tahun.Habis agreement,umur korang dah 26 tahun.Masa korang umur 26 tahun baru la boleh apply ijazah.Campur waktu belajar ijazah lagi umur berapa pulak korang grad?umur berapa pulak korang dapat kerja?
Kalau korang jenis yang tak kisah,it's okay.Tapi kalau korang ada tanggungan macam nak kena tanggung mak bapak atau nak kena sara anak bini,masalah la sikit kalau nak belajar sampai ijazah bila ambik separa perubatan ni.
Tapi kalau nak stop sampai diploma aja pun okay.Kerja dah menunggu bila korang grad nanti.Walaupun gajinya agak sedikit,tapi kalau pandai berjimat,takkan timbul masalah.Kata orang,lagi besar periuk lagi besar lubangnya.lagi besar gaji lagi besar belanjanya.
Ataupu korang boleh buat pjj dalam masa 4 tahun tu kalau nak ambik ijazah jugak.Tapi setahu aku tak banyak U tawarkan pjj ni.
Setelah dicampur tolak bahagi dan darab,aku pun apply separa perubatan ni.Bukan apa,aku cuma fikirkan kerja ja.Maklum la zaman sekarang ni susah nak cari kerja.
Abang aku pernah cerita dekat aku.Dia kata,dia ada kawan yang belajar sampai phd.Tapi bila apply kerja,dia guna sijil diploma.Abang aku ada tanya dia kenapa tak nak jadi pensyarah.Dia kata seramai manalah sangat kekosongan bagi kerusi pensyarah bagi setiap pusat pengajian.Sedangkan graduan phd semakin hari semakin ramai.Abang aku pun tanya lagi kenapa tak apply kerja guna sijil phd.dia mungkin akan dapat gaji yang lebih.Dia pulak kata majikan taknak ambil pekerja phd ramai-ramai.,majikan tak mampu nak bayar.Sorang gaji pekerja phd sama dengan 2-3 orang pekerja diploma.Jadi lebih baik majikan ambil pekerja diploma ramai-ramai sebab lebih murah..Tenaga kerja pun lebih....
Lepas beberapa bulan aku apply spa ni,aku pun dipanggil untuk duduki exam online dan aku lulus.Lepas tu aku pun dipanggil untuk temuduga pulak.
nak tanya...sedari ni dapat ke SPA tuh?? best tak?? tepat tinggal mcm mana?? elaun mmg kompem dapat eh?
ReplyDeleteSaya merupakan pelajar STPM 2016. Now tengah Sem 2. Saya dpt separa peubatan jururawat tapi saya tak minat. Mak saya pula berharap sangat saya dapat kerja dlm spa ni. Entah mcmana saya lulus exam online tu. Next week saya akan pergi temu duga di Ipoh. Tapi saya akan pergi juga sebab nak pengalaman kena interview .
ReplyDeleteSbut f6 tak masa iv...klau mention..dia ada kata apa2 x masa sbut psl form6..lulus iv x
Deletesaya dapat latihan juruteknologi makmal perubatan
ReplyDeleteSekarang graduan separa perubatan dah tak dijanjikan akan dapat pekerjaan pun. Ramai yg dapat pointer tinggi tapi masih juga menganggur.
ReplyDeleteyeker? nah cancel la cm tu
DeleteBoleh tahu tak jurusan yg cepat posting, yg xprlu mnganggur lama
ReplyDeleteStress..sekarang tgh buat degree..dpt lak panggilan peperikasaan spa separa perubatan bertaraf diploma..😑
ReplyDeleteKawan saya degree dh 3 sem dpt nursing berenti degree alhamdulillah skrg last year dah
DeleteDEGREE IN WHAT COURSE YAA ?
DeleteKalau dah dapat kerja kerajaan lepas tamat diploma separa tapi nak resign sebelum tamat kontrak boleh ke? Rasa tercabar betul gaji sikit. Nak cari kerja yang gaji tinggi.
ReplyDeleteRespect and that i have a nifty proposal: Whole Home Renovation Cost split level remodel
ReplyDelete